Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Masjid Sultan Iskandar Masjid...

JOHOR BAHRU - Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini menjadi masjid...

Nor Syafiqa Mangsa Rompak...

NOR Syafiqa, 22 yang terlibat dalam satu kes rompakan ngeri sehingga mukanya ditoreh yang...

Paramedik Dipecat Selepas Memuat...

Seorang paramedik dipecat serta-merta oleh pegawai kesihatan selepas memuat naik gambar 'selfie' yang...

Kibar Jalur Gemilang Terbalik...

KUALA LUMPUR – Tabiat mengibarkan bendera secara terbalik menonjolkan sikap protes yang ditunjukkan...

PM Umum Pakej Bantuan Baharu 4 Petang Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengumumkan pakej bantuan khas kepada rakyat petang ini.

Pakej bantuan terbaru yang akan diumumkan pada jam 4 petang ini, dijangka tertumpu kepada usaha untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar dalam mendepani impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Tahun lalu, ketika PKP pertama kali dilaksanakan, Muhyidin mengumumkan beberapa inisiatif membantu rakyat termasuk tiga langkah iaitu moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan, penyusunan baki kad kredit serta penstrukturan semula pinjaman perniagaan.

Selain itu, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) iaitu pemberian tunai berjumlah keseluruhan lebih RM7 bilion kepada rakyat juga diagihkan membabitkan 10.6 juta penerima termasuk kumpulan B40, M40 serta individu bujang.

Program Subsidi Upah juga diperkenalkan bagi menampung syarikat yang berdepan masalah aliran tunai, selain bagi mengelak pemberhentian pekerja, disamping inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) berjumlah RM3,000 kepada setiap usahawan.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kewangan tambahan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah program i-Lestari serta i-Sinar yang masih berjalan ketika ini. – BH Online

Kategori