Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

RM524,382 Cek MPBPJ Tidak...

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan sebanyak 306 cek bernilai...

Sedih.. Sudah 2016, Masih...

SEJAK negara mencapai kemerdekaan pada 1957, banyak usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi...

12 Maut Bas Terjunam...

NAIROBI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila bas mini yang dinaiki terjunam ke...

Awas! Bahan Asing Dadah...

GEORGE TOWN - Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum...

Polis Siasat Kafe Hias Dinding Guna Wajah Pemimpin Komunis

GEORGE TOWN – Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dua kafe di Pulau Pinang yang didapati menggunakan kertas hiasan (wallpaper) memaparkan wajah pemimpin komunis, Mao Tze Tong bagi menghiasi dinding dalamannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata siasatan awal mendapati premis kafe di Juru, Bukit Mertajam dekat sini dan di Pulau Tikus di sini, adalah milik seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

“Setakat ini polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk pekerja di kafe berkenaan bagi membantu siasatan, pemiliknya kami belum mengambil (keterangan) kerana lelaki itu sedang menjalani kuarantin COVID-19 selama 14 hari,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kertas hiasan dinding di dua buah kafe berkenaan diturunkan malam tadi, dan polis telah membuka kertas siasatan, bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 berkaitan penerbitan propaganda pertubuhan haram.

Semalam, maklumat mengenai kafe yang menghiasi dindingnya menggunakan gambar wajah pemimpin Komunis itu menjadi tular di media sosial. – BERNAMA

Kategori