Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Seluar ‘Peha Ayam Goreng’...

FESYEN seluar 'peha ayam goreng' kini menjadi trend di media sosial selepas ia...

Cacat Penglihatan Tak Halang...

MAKKAH - Jemaah haji Malaysia, Hasnah Shawal tidak menganggap kekurangan pada dirinya yang...

Fadillah Yakin BN Sarawak...

KUCHING – Menter Kerja Raya sementara Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau amat...

Raja Muda Perlis: Peka...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati mahasiswa supaya...

PRU15 Biarlah Tunggu Covid-19 Selesai – Hadi

MARANG – Pas berpendapat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan kes Covid-19 yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini selain bencana banjir di beberapa negeri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perlu menyelesaikan pandemik Covid-19 terlebih dahulu sebelum membubarkan Parlimen dan memberi laluan kepada PRU15 bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, tindakan pihak tertentu yang mendesak supaya menyegerakan pilihan raya umum adalah tidak wajar di saat negara sedang berdepan dengan penambahan ketara kes Covid-19.

“Biar selesai Covid-19 dan banjir dulu, takkan (buat PRU) masa banjir dan Covid-19 tengah merebak lagi. Kita kena bincang dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pihak berkenaan.

“Kita tidak mahu membebankan rakyat,” katanya mengulas desakan pihak tertentu supaya PRU15 disegerakan ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha secara dalam talian di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ditanya saranan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak kukuh dan pergeseran antara UMNO dan Bersatu, Abdul Hadi bertegas untuk menguatkan PN.


Ahli Parlimen Marang itu berkata, PN yang dibina bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan roboh sebaliknya akan terus diperkukuhkan dan dipertahankan.

“Kita mahu kukuhkan lagi PN dan UMNO belum membuat keputusan muktamad. Ia tidak boleh melalui bahagian dan ahli biasa, mereka ada MT (Majlis Tertinggi), ada biro politik dan ada perhimpunan agung.

“Kami tidak mahu campur, ia (pergeseran UMNO dan Bersatu) akan diurus dengan baik insya-ALLAH,” katanya. – Sinar Harian

Kategori