Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perhimpunan Agung UMNO 2016...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara...

Tahap Kemaruk.. Main Game...

Changsha - Seorang lelaki dirakam masih asyik bermain permainan dalam telefon bimbitnya walaupun...

Banjir: Maklumat Palsu Rencatkan...

KUALA LUMPUR - Penyebaran maklumat palsu berkaitan banjir melalui media sosial perlu dihentikan...

Kekuatan Drama Mampu Lahirkan...

HASIL karya, pelakon serta sinematografi antara elemen yang dititikberatkan dalam sesebuah drama mahupun...

RM1.49 Juta Mi Segera Dirampas Salah Guna Logo Halal

SHAH ALAM – Mi segera dianggarkan bernilai RM1.49 juta dirampas penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor selepas syarikat terbabit dikesan menggunakan logo Halal Jakim yang sudah dibatalkan.

Mi segera berkenaan dirampas dalam serbuan dilakukan hasil serbuan di premis memproses makanan segera terletak di kawasan perindustrian Taman Industri Integrasi Rawang pada 12 tengah hari, semalam. 

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, premis berkenaan diserbu selepas pemantauan dijalankan sejak sebulan yang lalu yang mana pihaknya mendapati syarikat terbabit masih menggunakan logo Halal Jakim yang sudah dibatalkan. 

“Difahamkan, penggunaan logo halal dibatalkan atas alasan operasi syarikat itu gagal mematuhi standard pemegang sijil halal seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antaranya keadaan premis yang kotor dan bahan mentah diletakkan atas lantai kilang.

“Ketika serbuan dijalankan, pasukan menemui sejumlah 1,128,872 pek mi segera pelbagai perisa siap dibungkus menggunakan logo halal. 


“Turut ditemui adalah sejumlah 258 gulung dan 2,696,00 unit plastik pembungkus dan hampir 42,000 unit kotak pembungkus yang menggunakan logo halal,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, semasa serbuan, penguatkuasa turut menemui wakil syarikat dan dimaklumkan bahawa syarikat sudah membuat rayuan ke atas penarikan sijil halal namun ditolak pihak JAIS.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Peraturan 4 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. – myMetro Online

Kategori