Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cristina Suzanne Pilih Lelaki...

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba kami 'dikejutkan' dengan berita gembira bahawa pelakon Cristina...

Pasukan Perubatan Dihantar Ke...

ALOR SETAR – Pasukan perubatan akan dihantar ke setiap pusat pemindahan banjir untuk...

Polis Tahan 15 PATI...

TAWAU - Polis menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam perempuan...

5 Lagi PPS Dibuka...

JOHOR BAHRU: Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor, menjadikan keseluruhannya...

RON97, RON95 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 22 Januari.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) harga runcit baharu petrol RON95 adalah RM1.89 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 adalah RM2.19 seliter.

“Harga runcit diesel naik daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA

Kategori