Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MH17 Ditembak Peluru Berpandu...

NIEUWEGEIN, Belanda - Peluru yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan...

Lelaki Ditahan Disyaki Pukul...

KANGAR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul bayi perempuannya yang berusia enam...

Ivanka Trump Dituduh Curi...

NEW YORK - Anak perempuan calon presiden Republikan, Donald Trump, berhadapan masalah besar...

Bapa Simbah Anak Dengan...

GEORGE TOWN – Seorang lelaki berumur 35 tahun yang cuba menuntut wang insurans...

Sikap Punca Ramai Orang Melayu Tak Daftar Pemilih – SPR

KUALA LUMPUR – Pendaftaran pemilih yang dibuka sepanjang masa menerusi dalam talian sepatutnya tidak menjadi masalah untuk orang ramai mendaftar sebagai pengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalruddin Ishak berkata, pendaftaran untuk daftar pemilih kini dipermudahkan dan boleh dilaksana jika ada capaian internet.

Katanya, dengan kemudahan seperti itu maka tidak timbul kumpulan mana yang lebih ramai mendaftar atau tidak kerana ia bergantung kepada sikap individu berkenaan.

“Kita memang ada maklumat jumlah yang berdaftar sebagai pemilih tetapi maklumat tidak disimpan mengikut pengkelasan bangsa atau mana-mana kumpulan,” katanya kepada BH mengulas mengenai masyarakat Melayu masih ramai yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, masyarakat Melayu disifatkan bangsa paling lemah mendaftar sebagai pengundi kerana didakwa dimomokkan dengan banyak anasir kononnya politik adalah kotor.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata kebencian terhadap politik berlaku disebabkan terpengaruh oleh ‘syaitan’ berwajahkan manusia, termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang mereka.

Ikmaluddin menjelaskan kempen daftar pemilih sentiasa dilaksana dan SPR sentiasa memastikan ia dilaksana dengan mudah.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan sikap dan mentaliti antara punca orang Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih apabila mencapai usia 21 tahun.

Katanya, perkara itu berlaku sejak dulu lagi malah beberapa kajian yang dijalankan SPR dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lebih 10 tahun lalu pun mendapati perkara itu kerana kurang kesedaran dan sikap sambil lewa mengenai tanggungjawab sebagai pengundi.

“Ia tiada kaitan cara kerja SPR atau berkaitan kempen pendaftaran atau kesukaran mendaftarkan diri sebaliknya sikap pengundi itu sendiri.


“Dalam satu kajian pada 2006, kebanyakan pengundi Melayu menggunakan alasan tidak punya masa untuk mengundi dan pendaftaran pemilih bukan keutamaan golongan muda.

“Saya kira sekarang tiada masalah dan kesukaran untuk mendaftarkan diri kerana ia boleh dilaksanakan secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata orang Melayu dilihat lebih ramai tidak mendaftar kerana mereka adalah kumpulan majoriti jika perbandingan di buat dengan kaum lain.

“Ini bukan isu baharu, sudah lama berlaku dan menjadi tanggungjawab parti politik untuk bantu menggalakkan lebih ramai mendaftar.

“Satu masa dulu, ada pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik SPR sebagai penolong pendaftar pemilih. Mereka ini aktif mendaftarkan pemilih melalui kempen di tempat awam seperti di pusat beli-belah dan karnival,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Sektor Politik Pertubuhan Gerakan QIAM (QIAM) berkata, daftar pemilih secara automatik yang sudah diluluskan Parlimen adalah penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah itu.

“Namun, saya percaya sukar untuk dilaksanakan dalam masa terdekat kerana ada banyak kerja dan semakan perlu dibuat membabitkan pelbagai agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Insolvensi, Jabatan Penjara dan Jabatan Peguam Negara,” katanya. – BH Online

Kategori