Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

“Kawan-Kawan Cakap Nak Datang,...

ALAHAI, sedih kami melihat kisah seorang pemuda ini. Mana taknya, sambutan hari lahir...

Tanah Runtuh: Gunung Kenderong...

GERIK - Polis meminta pendaki supaya tidak mendaki Gunung Kenderong, di sini berikutan...

Contohi Akhlak Mulia Rasullullah...

KOTA KINABALU - Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengajak seluruh umat...

UNSC Gesa Dunia Pertingkat...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa dunia supaya...

Syarikat Ternama Mungkin Terlibat Kes Kartel Daging

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan pembabitan syarikat ternama dalam isu berhubung kegiatan kartel penyeludupan daging sejuk beku ke Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata siasatan menyeluruh SPRM akan dilakukan untuk membuktikan pembabitan pihak tertentu dalam kes kartel daging itu. 

“Sekiranya ia sudah membabitkan kartel seperti yang didakwa, kami percaya mesti ada ‘taikun’ atau syarikat ternama yang terbabit dalam perkara ini. SPRM akan siasat dan tiada sesiapa akan terlepas.

“Bagaimanapun, nama syarikat atau taikun yang dipercayai terbabit tidak dapat didedahkan kerana ia masih dalam peringkat siasatan,” katanya dalam satu program bual bicara terbitan sebuah televisyen swasta, NTV7, hari ini.

Beliau berkata, adalah tidak adil jika nama syarikat didedah kerana kes masih dalam siasatan, manakala dakwaan pembabitan dalam kartel atau pengimportan daging secara haram juga hanya berdasarkan laporan media.

Isu kartel daging import mula mendapat perhatian ramai selepas media baru-baru ini melaporkan taktik kartel menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia. – BERNAMA

Kategori