Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di negeri ini makin berkurangan menjadi 67 berbanding...

DAP Tidak Akan Bekerjasama...

KUALA LUMPUR - DAP membuat keputusan muktamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, kata...

Pelbagai Usaha Dilaksanakan Bagi...

KANGAR - Kerajaan Perlis melaksanakan pelbagai usaha untuk memusnahkan siput gondang, musuh utama...

6 Ditahan Positif Methaphetamine...

BUTTERWORTH - Enam individu ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan...

UMNO Tanding Tak Kurang 96 Kerusi Pada PRU-15

REMBAU – UMNO bersikap terbuka dan tidak menolak sebarang perundingan mengenai kedudukan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu tetap dengan pendirian bertanding tidak kurang daripada 96 kerusi termasuk di 55 Parlimen yang dimenangi pada PRU ke-14 lalu.

“Kita tidak boleh mengharapkan orang lain, tapi dalam situasi memerlukan sokongan, kita boleh tambah lagi nilai untuk memperkasakan parti.

“Namun jika mereka (Bersatu) bersetuju dengan pandangan kita pada perundingan nanti dan jika semua pihak berpuas hati dengan cadangan atau pandangan yang diberikan, itu adalah lebih baik dan kita tidak perlu menolak sepenuhnya (rundingan).

“Namun parti akan buat keputusan mengenainya (pengagihan kerusi),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2020 di Dewan Biduanda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, di sini, semalam.


Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Timbalan Ketua UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta barisan kepemimpinan bahagian.

Persidangan perwakilan itu diadakan dalam normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa UMNO hanya akan bekerjasama dengan PAS tanpa membabitkan Bersatu bagi menghadapi PRU-15. – myMetro Online

Kategori