Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

IATA Marah Serangan Di...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meluahkan perasaan marahnya terhadap serangan...

Mayat Wanita Mereput Ditemui...

NILAI - Mayat seorang wanita yang sedang mereput ditemui di kawasan kebun kelapa...

Jabatan Hal Ehwal Veteran...

KUALA LUMPUR - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kesal dengan...

Rusia Umum Tamat Latihan...

MOSCOW : Russia mengumumkan latihan ketenteraan di Crimea berakhir dan mengarahkan pengunduran pertama...

Ustaz Ebit Lew Terima 43,000 Mesej Mohon Bantuan Tablet

SHAH ALAM – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43,000 mesej atau lebih tepat 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan gajet seperti tablet dan telefon bimbit bagi keperluan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Beliau memberitahu, permohonan itu datangnya dalam kalangan mereka yang kurang upaya (OKU), tiada pekerjaan, anak yatim piatu termasuk keluarga kurang mampu.

Jangan Risauā€¦ Klik Sini

“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja 43,000 mesej atau 43,000 orang perlu tablet untuk anak belajar.

“Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri,” kongsinya di akaun Facebook pada Jumaat.

Pada Khamis, beliau mengumumkan 100 tablet percuma buat pelajar yang terkesan dalam pembelajaran secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan.

Pada hantaran yang sama, beliau memohon maaf kerana tidak dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan gajet berkenaan.


“Maafkan saya ya tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga ALLAH ampunkan dosa saya. Ya ALLAH siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” ujarnya.

Sementara itu, Ustaz Ebit Lew memaklumkan beliau bukan sahaja berusaha membantu para pelajar tetapi perlu mencari 8,000 kerusi roda untuk kegunaan orang ramai di seluruh negara termasuk ambulans dan van jenazah.

Posting beliau nyata menyentuh hati warga maya yang sentiasa memberi sokongan kepadanya malah berharap lebih ramai individu tampil membantu golongan memerlukan terutamanya dalam situasi PKP yang memberi kesan kepada kewangan mereka.

Kata Adnilsah MSalleh, “Diharap ramai lagi datang membantu. Tidak boleh harapkan Ustaz sahaja. Memang pun ada orang yang menyumbang tapi Ustaz buat kerja tidak berhenti-henti. Kena juga jaga kesihatan Ustaz. Semoga sentiasa dilindungi selalu.” – Sinar Harian

Kategori