Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“SPRM Tak Pernah Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

Tiga Gudang Kilang Perabot...

NIBONG TEBAL - Tiga gudang sebuah kilang perabot di Jalan Tasek, Sungai Bakap...

Pro-Mahasiswa Kuasai Pilihan Raya...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pro-mahasiswa mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Kampus Universiti...

Keluarga Juruterbang TUDM Harap...

BUTTERWORTH - Keluarga mangsa nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas...

120 Kereta Bugi Di Kelab Golf Seriemas Musnah Terbakar

NILAI – Sebanyak 120 kereta bugi (buggy) musnah dijilat api dalam kebakaran membabitkan kawasan penyimpanan kereta bugi di Kelab Golf Seriemas, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bomba menerima laporan kejadian itu pada kira-kira 2.37 pagi.

Beliau berkata susulan laporan, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Water Tanker bersama 35 pegawai dan anggota dari tiga balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban 2, dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 3.23 pagi dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan. Tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, pengawal keselamatan kelab golf berkenaan, Shamrasizu Shamsuddin yang merupakan saksi kejadian berkata beliau terdengar letupan kuat di bahagian tingkat bawah kelab golf semasa membuat rondaan awal pagi tadi.


“Saya bersama rakan sekerja telah melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati api mula marak di bahagian tingkat bawah bangunan.

“Api merebak dengan pantas dan kawasan itu dipenuhi dengan asap tebal. Saya dalam keadaan cemas terus memaklumkan kepada penyelia saya yang kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan MERS999,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori