Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sarawak Masih Kekurangan Doktor...

KUCHING - Sarawak masih kekurangan doktor dan nisbah kumpulan berkenaan dengan pesakit di...

Qatar Airways Lebar Sayap...

GEORGE TOWN - Qatar Airways, sebuah syarikat penerbangan yang berpusat di Asia Barat telah...

Ops Noda: 60 Ditahan,...

JOHOR BAHRU - Seramai 60 orang ditahan, manakala seorang gadis bawah umur warga...

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa...

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan mengisytiharkan Ahad ini (19 Feb) sebagai cuti...

30,000 Isi Rumah Di KL Tergolong Miskin Bandar

PETALING JAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mengenal pasti kira-kira 30,000 ketua isi rumah di ibu negara tergolong dalam kategori bawah paras kemiskinan bandar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, golongan itu dikesan di 178 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya, ia adalah berdasarkan pendapatan RM2,200 untuk seisi rumah.

“Pendapatan sekitar RM2,200, kita anggap keluarga itu perlu mendapat bantuan.

“Di bandar (seperti di Kuala Lumpur), ia tidak dapat memenuhi keperluan yang asas seperti makan, pakai dan tempat tinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 di Sri Pentas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KWP Datuk Seri Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Annuar bagaimanapun berkata, belum ada jumlah tepat jumlah ketua isi rumah bawah paras miskin bandar.

“Ada pelbagai agensi yang melihat perkara ini seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kita akan cuba selaras sebab ada lain-lain jumlah contohnya Jawi mempunyai 23,000 sasaran ketua keluarga, kita pun ada rekod lebih kurang sama.


“JKM kira-kira 13,000. Apa pun, ada juga dah kaya tak nak keluar Program Perumahan Rakyat (PPR). Kita ada kira-kira 63,000 rumah PPR,” katanya.

Mengulas program MyBeras@Wilayah yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Annuar berkata ia adalah sub program kepada program MyFood untuk golongan miskin bandar atau mereka yang hilang mata pencarian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita akan agihkan lebih 5,000 kampit beras seminggu dengan sasaran antara 20,000 ke 30,000 kampit sebulan.

“Sumbangan masih terbuka hingga sekarang, malah saya tulis surat kepada sektor swasta untuk bersama.

“Orang awam juga boleh menyumbang sekecil RM10 menerusi Portal MyInfaq,” katanya.

Menurutnya, agihan dilakukan sistematik kepada golongan sasar di setiap kawasan parlimen atau zon supaya tidak ada sebarang kejadian beratur ramai-ramai melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, KWP dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan melalui Program MyBeras@Wilayah akan mula menyumbangkan 5750 kampit beras secara percuma setiap minggu kepada penduduk dari kumpulan keluarga B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula semalam. – myMetro Online

Kategori