Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

S’pura Masih Berjerebu Dengan...

SINGAPURA - Singapura masih lagi berjerebu hari ini dengan kualiti udara kekal pada...

China Berjaya Klon Serigala...

BEIJING : Sebuah firma gen berpangkalan di Beijing baru-baru ini mengumumkan kejayaan sulung...

PUNB Minta MAHB Kaji...

SEPANG - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meminta Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB)...

Keputusan ‘Sukar’ Terpaksa Dibuat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan terpaksa membuat keputusan 'sukar', seperti memansuhkan subsidi bahan api...

5,709 Sembuh, 22 Kematian, 2,998 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,998 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 272,163 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu hari ini turut membabitkan sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

Katanya, kes harian tertinggi dilaporkan di Selangor iaitu 1,382 kes diikuti Johor dengan 436 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes. 

“Sehingga kini seramai 231 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 115 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Selain itu sebanyak 41,396 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 


Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat 22 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,005 kes. 

Beliau turut memaklumkan, bagi kes sembuh sebanyak 5,709 kes dilaporkan. 

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 229,762 kes. – BH Online

Kategori