Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Arab Saudi Larang Solat...

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan...

Jangan Mudah Percaya Fitnah...

KUALA LUMPUR - Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat di...

PAS Tak Berguna Tanpa...

KUALA LUMPUR - Jangan bimbang Pakatan Harapan tanpa PAS!Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew...

2 Maut, 2 Kereta...

BERLIN - Sekurang-kurangnya dua terbunuh, manakala beberapa lagi mangsa cedera selepas dua kereta...

5,718 Sembuh, 8 Kematian, 2,720 Kes Baharu COVID-19

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas apabila 5,718 kes dilaporkan sembuh, menyaksikan jumlah kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan menurun kepada 44,129 kes setakat ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu sekali lagi mencatatkan angka di bawah 3,000 iaitu 2,720 kes dilaporkan dengan kesemuanya melibatkan kes tempatan. 

Beliau berkata Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes (47.8 peratus), diikuti Johor sebanyak 451 kes (16.6 peratus) dan Kuala Lumpur  318 kes (11.7 peratus).

“Jumlah keseluruhan kes baharu kini 269,165, manakala bagi kes sembuh pula 224,053. Selain itu, lapan kes kematian dilaporkan menjadikan kes kumulatif kematian setakat ini 983. 

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kini 253 kes, dengan 118 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini. – BERNAMA

Kategori