Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jaringan Lewat Daley Blind...

LONDON - Jaringan lewat Daley Blind menyelamatkan Manchester United apabila mencatatkan keputusan seri...

Menjelang 2020, Pukat Tunda...

KUALA TERENGGANU - Menjelang tahun 2020, semua nelayan dalam negara tidak lagi dibenarkan...

Terima Ijazah Kehormat Doktor...

SINGAPURA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kepulangan penuh...

Buruh Didakwa Tunjuk Kemaluan...

KOTA BHARU - Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada seorang gadis, seorang buruh dihadapkan ke...

Ahmad Faizal Bincang Dengan PM Isu Lantikan Pengerusi KTMB

IPOH – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat berhubung cadangan pelantikannya sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata beliau secara peribadi ingin lebih fokus dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan politik terutamanya BERSATU dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya mendapat laporan nama saya akan dicadangkan tetapi masih belum dibincangkan dengan perdana menteri… bagaimanapun sekiranya perkara ini diminta oleh perdana menteri sebagai satu perkara perlu saya lakukan demi rakyat saya akan terima namun saya berharap dapat fokus dalam kerja-kerja politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Program Perasmian Pusat Perkhidmatan Parti Gerakan Ipoh yang pertama dengan bendera Perikatan Nasional (PN) di sini, yang turut dihadiri Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau.

Bekas Menteri Besar Perak itu turut berterima kasih dan menyatakan penghargaan atas pencalonan namanya sebagai Pengerusi KTMB yang disifatkannya sebagai satu tanggungjawab mencabar untuk digalas terutamanya KTMB yang mengalami kerugian susulan penularan wabak COVID-19.

Portal tempatan melaporkan pelantikan Ahmad Faizal sebagai Pengerusi KTMB dijangka berkuat kuasa bulan depan menggantikan Rameli Musa yang dilantik bagi jawatan itu pada Februari 2019 dan kontrak tiga tahunnya akan berakhir pada hujung bulan ini.


Dalam pada itu, Ahmad Faizal mengesahkan tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara BERSATU bersama UMNO untuk menghadapi PRU-15 setakat ini.

Beliau turut menyangkal dakwaan BERSATU ingin mengaut kerusi yang banyak berikutan tiada sebarang perbincangan dimulakan bersama parti UMNO dan pihaknya sedia mengadakan perbincangan berhubung perkara berkenaan.

“Saya fikir semua parti dalam kerajaan PN berhak menyatakan minat mereka untuk bertanding mana-mana kerusi dan sukacita saya memaklumkan saya diamanahkan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin untuk mengetuai perbincangan kerusi dengan parti lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori