Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Masih Berteka-Teki, Siapa MB...

SIAPAKAH yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor masih lagi belum dapat ditentukan rentetan...

Bela Buaya Sepanjang 4...

MEMELIHARA haiwan seperti kucing dan hamster adalah hobi yang sering kita dengar. Namun,...

Insiden Pesawat Charlie TUDM...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan masih menyiasat laporan kejadian sebuah pesawat Charlie C130...

Hulu Langat Bakal Berdepan...

HULU LANGAT - Selepas ditimpa musibah banjir teruk akibat hujan semalam, penduduk daerah...

Anggota ATM Di Zon Operasi, Luar Negara Pertama Divaksin

KUALA LUMPUR – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di kawasan operasi dan penugasan di luar negara adalah kumpulan pertama penerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dalam kalangan warga ATM, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata mereka adalah anggota ATM yang sedang dan akan bertugas di kawasan operasi seperti Op Benteng, Op Penawar, misi pengaman Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dan Pasukan Pemerhati Antarabangsa di Mindanao di bawah tentera darat, laut serta udara.

“Sebagai contoh vaksin ini akan diberi kepada anggota yang bertugas di Op Benteng kerana mereka ini menjaga sempadan dan perairan negara serta berhadapan dengan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Selain itu, vaksin ini juga akan diberikan kepada Kumpulan Pemerintahan Strategik dan Operasi di Markas ATM, Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama, Markas-markas Formasi tentera darat, laut dan udara terutamanya bagi mereka yang bertugas di bilik operasi dan bilik komunikasi markas-markas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori