Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Fitnah Projek ECRL Dijaja...

KUALA LUMPUR – Fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung harga projek landasan...

RPBIC Himpun Peminat Ikan...

ROMPIN - Cabaran menangkap ikan layaran melalui acara tahunan Royal Pahang Billfish International...

Aiskrim Gula Apong ‘Sejukkan’...

KUCHING - Bagi penggemar makanan pencuci mulut, aiskrim gula apong mungkin dapat 'menyejukkan'...

PRU14: Puteri UMNO Janji...

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO berjanji tidak akan merajuk jika wakil pergerakan itu...

Azalina Minta Idrus Pertimbang Sokong Wujud Kabinet Darurat Khas

KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan Jemaah Menteri yang wujud hari ini ‘digantung’ dan Kabinet Darurat Khas diwujudkan.

Serentak itu, beliau memohon Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mempertimbang penggantungan Jemaah Menteri dan hanya kementerian relevan saja perlu berada dalam Kabinet Darurat Khas.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, Kabinet Darurat Khas boleh dibenarkan untuk berfungsi dengan kuasa yang terhad sehingga darurat dibatalkan. 

Katanya, sebuah Jawatankuasa Parlimen Khas Bipartisan yang terdiri daripada Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang boleh diwujudkan dengan dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Ia antara lain meletakkan tanggungjawab kepada menteri serta melaksanakan semak dan imbang yang amat diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi surat kepada Idrus berhubung ‘pemandulan’ badan perundangan dalam konteks doktrin berperlembagaan iaitu Pengasingan Kuasa.

Surat itu turut dihantar kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Azalina berkata, beliau turut menekankan kebimbangan 90 Ahli Parlimen dari negara Asia Tenggara terhadap pelaksanaan darurat di Malaysia. 

Katanya, kebimbangan itu disuarakan mereka selepas keputusan kerajaan menggantung Parlimen melalui ordinan baharu. 

“Sebagaimana Tan Sri (Idris) sedar, hampir semua negara lain termasuk yang mempunyai kadar kes jangkitan COVID-19 lebih tinggi dari negara kita tidak menggantung Parlimen. 

“Sebaliknya negara seperti United Kingdom, melaksanakan pengubahsuaian teknikal dan prosedur supaya persidangan Parlimen dapat dijalankan dengan selamat dan berkesan.


“Mengapakah tiada Jemaah Menteri Darurat yang khas? Adakah kerajaan sanggup mengenepikan tanggungjawab menteri atas alasan krisis kesihatan,” katanya. 

Azalina turut berkata, situasi sekarang ini membuatkan cabang Legislatif ‘dilumpuhkan’ apabila keputusan Eksekutif menggantung Parlimen. 

Katanya, ia menyebabkan cabang Eksekutif seolah-olah mentadbir secara bebas dalam hal ehwal negara dan tidak dipertanggungjawabkan kepada Parlimen. 

“Malangnya dengan penggantungan Parlimen, tiada ruang untuk mempertanggungjawabkan Jemaah Menteri dan menteri secara berasingan.

“Dalam keadaan biasa, Jemaah Menteri boleh dipertanggungjawabkan melalui kaedah disediakan Parlimen seperti kamar khas dan waktu pertanyaan menteri (MQT) tetapi ini sudah tidak boleh dilakukan.

“Berikutan itu, timbul beberapa persoalan antaranya bagaimana badan Eksekutif akan dipertanggungjawabkan untuk keputusan yang dibuat jika Parlimen tidak boleh memainkan peranan utamanya iaitu memastikan Perlembagaan berfungsi,” katanya. 

Beliau turut memetik Perkara 43 Perlembagaan yang menyatakan ‘Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen’. 

“Saya perlu tekankan tanggungjawab kementerian adalah penting dalam sistem Parlimen kerana ia menjamin tanggungjawab kerajaan kepada Legislatif dan pengundi secara keseluruhan,” katanya. – BH Online

Kategori