Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Keluarga Malaysia Teruja, Kagum...

KUALA LUMPUR : Keluarga Malaysia berbilang kaum yang hadir di sambutan Hari Kebangsaan...

Edgar Lungu Menang Pilihan...

LUSAKA - Menteri Pertahanan, Edgar Lungu yang mengetuai Parti Barisan Patriotik Zambia, menang...

2 Beranak Dihukum Penjara...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dihukum penjara 18 tahun manakala anaknya penjara 12...

Pelik!!! Kucing Ini Tak...

SEEKOR kucing di Indonesia yang lahir dengan mata yang begitu besar sehinggakan tidak...

Bekas Pengerusi Mara Inc Didakwa Rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Mara Inc, Datuk Mohammad Lan Allani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas 20 pertuduhan rasuah dan dua tuduhan pengubahan wang haram bernilai RM20.45 juta membabitkan urusniaga hartanah di Australia.

Tertuduh didakwa atas 17 pertuduhan menerima suapan, tiga pertuduhan cuba menerima suapan dan dua pertuduhan pengubahan wang haram, antaranya bagi meluluskan kertas cadangan bertajuk ‘Proposed Acquisition of a Student Accommodation Building and a Commercial Retail Block known as Dudley International House, 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Victoria 3145, Melbourne, Australia antara 2012 dan 2013.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi; antaranya di Solaris Mont Kiara, Maybank Cawangan Mont Kiara, sebuah restoran di Bukit Kiara dan CIMB Bank Jalan Sagunting, Kota Kinabalu.

Perbicaraan dilakukan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Rozina Ayob.

Pendakwaan dikendalikan Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.


Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 April depan untuk sebutan semula kes. – myMetro Online

Kategori