Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditemui Mati Dengan...

KUCHING ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Ā Seorang wanita ditemui dalam keadaan bogel dengan tangan dan kakinya diikat...

Tun M Akui Mungkin...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan sikap hipokritnya apabila mengaku kepada...

Kerana Jari, Kapal Terbang...

NEW DELHI - Sebuah kapal terbangĀ terpaksaĀ melakukan pendaratan kecemasan gara-gara seorang wanita mengamuk sakan...

Kondo Pusat Judi Dalam...

KOTA KINABALU - Polis Sabah menumpaskan aktiviti perjudian dalam talian didalangi warga China...

Boleh Makan Di Kedai, Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan dinaiki, mulai esok.

Selain itu, kerajaan membenarkan pelanggan untuk menikmati hidangan di restoran mengikut saiz atau kapasiti meja makan dengan syarat ada penjarakan fizikal 1 meter.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu untuk semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Kita mendengar pandangan dan rayuan ramai supaya membenarkan jumlah penumpang mengikut tempat duduk kenderaan, maka mesyuarat teknikal hari ini bersetuju membenarkannya.

“Jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan itu dibenarkan di semua kawasan termasuk di PKP,” katanya pada sidang media, hari ini.


Ismail Sabri berkata, sebelum ini, makan di kedai kawasan PKP hanya dua orang satu meja dibenarkan manakala PKPB dan PKPP mengikut kapasiti meja makan.

Menurutnya, mesyuarat hari ini bersetuju semua kawasan dibenarkan makan di kedai berdasarkan keluasan meja makan mulai esok.

Bagaimanapun, katanya, ia mestilah mempunyai penjarakan fizikal satu meter antara pelanggan dan meja. – myMetro Online

Kategori