Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hati-Hati Dengan Munafik: Aeril...

MENJADI satu trend buat selebriti untuk mempunyai produk mereka sendiri, namun pasukan suami...

Setiausaha Agung PAS Melampau!...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan melampau kerana memberi amaran...

Etai Salai Turut Terima...

TUMPAT - Etak salai turut terima tempias sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Lori Pengangkut Kenderaan Terbalik...

BANGI – Sebuah treler membawa kenderaan jenama Honda dilaporkan terbalik di Lebuhraya PLUS...

Cadangan Naikkan Denda, Kompaun Langgar SOP Dirangka

KUALA LUMPUR – Peguam Negara sedang menyediakan draf cadangan untuk meningkatkan kompaun dan denda berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika menjelaskan perkara itu berkata, usaha pindaan berkenaan mempunyai kaitan dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Saya difahamkan, Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) sedang menyediakan draf cadangan untuk meningkatkan kompaun dan denda di mahkamah jika seseorang individu disabit bersalah. 

“Insya-Allah, jika diluluskan, kita akan umumkan, sama ada oleh saya atau Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Mungkin menteri undang-undang akan umum sebab ini ada kaitan dengan hal ehwal darurat, jadi kita tunggu,” katanya pada sidang media khas mengenai PKP di sini, hari ini. – BH Online

Kategori