Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Perkataan ‘Baru’ Bahasa Melayu...

SEJUJURNYA, berapa kerapkah anda membelek kamus bahasa Melayu (BM) atau lebih tepat lagi,...

Jumlah Kutipan Bayaran Balik...

KUALA LUMPUR - Jumlah kutipan bayaran balik pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Pengguna FB Tawar RM5K,...

SEORANG pembaca Mynewshub meminta bantuan untuk mencari pasangan dari Sarawak yang didakwanya, gemar menipu...

Tujuh Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Covid-19: Kes Kedua Varian B117 Dikesan Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kes membabitkan varian B117 virus Covid-19 baru-baru ini, selepas kes pertama dilaporkan pada 9 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika kes pertama dikesan dalam kalangan pengembara yang pulang dari United Kingdom (UK), kes kedua dikesan membabitkan pesakit yang pulang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kes pertama membabitkan B117 dilaporkan 9 Januari membabitkan pengembara pulang dari UK tetapi satu lagi kes bukan pulang dari UK sebaliknya dari Timur Tengah (Asia Barat),” katanya dalam sesi maya libat urus darurat Covid-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Siri 2/2021, hari ini.

Sesi bersama media itu turut menampilkan ahli panel iaitu Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr C Suresh Kumar; Ketua Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr T Ravindran; Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Dr Hani Mat Hussin dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan Perubatan KKM, Dr Mohamed Ahsan Mohamed Ismail.

Sementara itu, Dr Hani berkata, sebanyak 6,336,804 ujian Covid-19 sudah dilakukan di makmal di seluruh negara sejak 24 Januari 2020 hingga 3 Februari 2021.


“Sejumlah 4,477,839 daripadanya adalah menerusi ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Manakala sejumlah 1,858,965 ujian lagi adalah menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag),” katanya. – myMetro Online

Kategori