Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ramai Tanya Mana Syed...

PETALING JAYA – Perhimpunan aman #TangkapAzamBaki yang diadakan di kawasan Stesen Transit Aliran...

BAM Yakin Barisan Pemain...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yakin skuad negara berpeluang cerah meraih...

Polis Tumpas Sindiket Penjualan...

SHAH ALAM - Polis Selangor telah menumpaskan satu sindiket penjualan keanggotaan Istana Diraja...

Nora Anne Mati Akibat...

SEREMBAN - Hasil bedah siasat terhadap mayat Nora Anne Quoirin, mengesahkan remaja itu...

Diplomasi Sains Jamin Akses Bekalan Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggunakan diplomasi sains dalam melaksanakan pendekatan pelbagai hala bagi membolehkan negara memperoleh jaminan akses kepada bekalan vaksin COVID-19 yang giat dibangunkan di seluruh dunia.

Berdasarkan maklumat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini, diplomasi sains digerakkan secara bersama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sejak April tahun lalu.

Keperluan mendapatkan bekalan vaksin menjadi keutamaan negara bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan bagi membendung pandemik berkenaan. 

Kerajaan mengambil tindakan bersepadu dan tersusun dalam perolehan vaksin dengan memanfaatkan hubungan diplomasi serta kerjasama strategik antarabangsa dengan negara, syarikat pengeluar vaksin, badan dan gabungan kesihatan dunia.

Kerjasama strategik antarabangsa sama ada multilateral atau bilateral itu adalah langkah Malaysia dalam mendukung aspirasi nasional dan usaha solidariti global ke arah memerangi COVID-19.

Kerjasama itu membantu mempelbagaikan pilihan perolehan vaksin untuk negara dan mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber saja.

Rundingan bersama pengeluar vaksin COVID-19 bukan saja dari sudut teknikal seperti ketahanan, kaedah, kestabilan, kontraindikasi, penduduk, sasaran, keselamatan, keberkesanan, dos, pendaftaran dan akses, malah juga dari sudut komersial membabitkan harga, pemulangan pembayaran, jadual penghantaran, bayaran pendahuluan dan logistik.

Selain itu, rundingan juga membabitkan aspek kerjasama dan nilai tambah kepada pembangunan vaksin negara, termasuk proses pengilangan vaksin secara ‘fill and finish’ (isian dan penamat produk), penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemindahan teknologi dan pembuatan vaksin.


Sementara itu, pembabitan Malaysia dalam pelan peruntukan vaksin COVID-19 atau COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) adalah satu daripada global yang dilancarkan Pakatan Vaksin Global (GAVI), Gabungan Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bertujuan memberikan akses di peringkat global kepada diagnostik, rawatan dan vaksin dengan saksama.

Kerajaan pada 13 November tahun lalu bersetuju memuktamadkan penyertaan Malaysia dalam Fasiliti COVAX iaitu pendekatan multilateral yang bakal membuka ruang negara mempelbagaikan pilihan serta mengurangkan risiko daripada memberikan tumpuan kepada kaedah bilateral saja dalam perolehan vaksin COVID-19.

Penyertaan ke dalam fasiliti itu memberi jaminan bekalan vaksin untuk 10 peratus penduduk negara ini, selain komitmen kerajaan bagi bekerjasama di peringkat antarabangsa menjamin akses vaksin COVID-19 kepada semua.

Melalui perjanjian bilateral, kerajaan dan China menandatangani perjanjian kerjasama pembangunan dan akses kepada vaksin pada 18 November lalu.

Perjanjian itu akan memberikan Malaysia keutamaan dalam mendapatkan akses kepada vaksin COVID-19 dihasilkan China, selain medan bagi perkongsian ilmu, kepakaran dan memudahkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi selaras hasrat memajukan industri vaksin kedua-dua negara. – BH Online

Kategori