Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MOF Senaraikan Dua Kategori...

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari...

‘Coklat Najib’ Popular Sold...

LARIS... Coklat mini bersaiz poket memaparkan imej bekas Presiden UMNO dan barisan perdana...

Beberapa Kawasan Di Perak...

IPOH - Beberapa kawasan di Gerik, Lenggong dan Batu Gajah dilanda banjir kilat...

Nora Danish Kini Tauke...

PELAKON dan model cantik Nora Danish telah melancarkan salun rambut pertamanya, KARVA Salon...

Dr Zulkifli Terima Suntikan Vaksin Covid-19

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerima suntikan vaksin dos pertama Pfizer-BioNTech Covid-19 pada Jumaat di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Presint 11, Putrajaya.

Menerusi perkongsian di dalam Twitternya, Zulkifli berkata, vaksinasi adalah selamat dan halal.

“Alhamdulillah, selesai menerima suntikan vaksin dos pertama Pfizer-BioNTech Covid-19 selepas solat Jumaat sebentar tadi.

“Vaksinasi adalah selamat dan pastinya halal, insya-ALLAH. Semoga ALLAH SWT melindungi dan menyelamatkan Malaysia daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Turut bersama beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Menurutnya, orang ramai diseru mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19.


“Saya menyeru rakyat Malaysia yang belum mendaftar untuk berbuat demikian melalui aplikasi MySejahtera. Patuhi semua SOP yang ditetapkan untuk bersama-sama melandaikan lekuk dan memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui di luar Pejabat Kesihatan Putrajaya, Zulkifli yang merupakan bekas pesakit Covid-19 berkata, proses suntikan vaksin itu dijalankan dengan tertib dan cermat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, suntikan ini tidak sakit dan saya yakin serta percaya kalau semua sokong kerajaan ini… kita akan menang lawan Covid-19. Tema Lindung Diri, Lindung Semua (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) amat tepat,” katanya. – Sinar Harian

Kategori