Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ameng Kongsi Pengalaman Disebat...

LIMA tahun menjalani hukuman penjara akibat terjebak dalam kancah najis dadah, ternyata memberi...

2 Sub Kluster Saling...

AKTIVITI tertumpu dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pengesanan, penyaringan, ujian ke atas...

Festival Belon Udara Panas...

HATYAI - Sebanyak 12 negara menyertai Festival Belon Udara Panas Antarabangsa Hatyai 2016...

Wanita Indonesia Lahir Anak...

MUMBAI - Seorang wanita Indonesia yang melahirkan anak dalam pesawat Etihad Airways dari...

Etnik Rohingya Gembira Suu Kyi Ditahan

DHAKA – Penduduk Muslim Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh selepas pihak tentera melancarkan operasi memerangi golongan penentang kerajaan daripada etnik itu tiga tahun lalu meraikan penahanan bekas Kaunselor Negara, Ang San Suu Kyi di negara itu pada Isnin.

Kira-kira 740,000 Rohingya memulakan perjalanan dari negeri Rakhine, Myanmar ke negara jiran iaitu Bangladesh selepas pihak tentera melancarkan operasi pada Ogos 2017 yang dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembunuhan kaum.

Suu Kyi merupakan pemimpin de facto ketika itu dan mempertahankan tindakan tentera Myanmar dalam satu pendengaran kes di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda pada tahun 2019 berhubung kekejaman ke atas Rohingya termasuk rogol dan pembunuhan.

Berita penahanan Suu Kyi merebak dengan cepat di kem-kem pelarian di Bangladesh yang mana kira-kira sejuta etnik itu kini mendapat perlindungan.

“Beliau (Suu Kyi) merupakan punca menyebabkan hidup kita menderita. Kenapa tidak kami meraikannya (penahanannya)?” kata Farid Ullah iaitu ketua komuniti Rohingya di kem pelarian Kutupalong seperti dilaporkan oleh AFP.

Dalam pada itu, seorang pemimpin di sebuah lagi kem pelarian Balukhali, Mohammad Yusuf berkata: “Beliau (Suu Kyi) merupakan harapan terakhir kami. Tetapi, beliau mengabaikan penderitaan kami dan menyokong pembunuhan kaum ke atas Rohingya.”

Jurucakap Kesatuan Pelajar Rohingya, Maung Kyaw Min berkata, kini terdapat harapan bahawa penduduk Rohingya akan kembali ke kampung-kampung mereka di Myanmar.


“Tidak seperti dengan kerajaan yang dipilih (oleh pengundi) itu, kerajaan ini (tentera) memerlukan sokongan antarabangsa bagi membolehkannya kekal (mentadbir). Jadi, kami berharap mereka akan menumpukan kepada isu-isu Rohingya bagi mengurangkan tekanan antarabangsa,” katanya.

Pihak berkuasa Bangladesh berkata, ia melakukan pengawasan di sempadan sepanjang 270 kilometer jika berlaku kebanjiran baharu pelarian Rohingya ke negara tersebut.

Bangladesh mengeluarkan kenyataan mendesak supaya proses demokratik didukung di Myanmar.

Tidak ada penduduk Rohingya yang kembali ke Myanmar ketika Dhaka dan Yangon masing-masing bersetuju untuk menghantar dan menerima balik mereka. – Agensi

Kategori