Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

1MDB: Parlimen Tidak Campur...

KUALA LUMPUR - Parlimen tidak akan campur tangan dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang...

Mantain ‘Meletop’ Lepas Bersalin,...

Sebaik sahaja berita Rozita Che Wan (Che Ta) selamat melahirkan bayi seterusnya gambar...

Zaid Ibrahim: Komennya Kini...

DATUK Zaid Ibrahim antara ahli pilitik jenama katak. Dia melompat parti sana-sini. Google...

Wanita Meluncur Sambil Pakai...

ANDA mampu berluncur dengan memakai kasut tumit tinggi? Jangan terkejut kerana wanita ini,...

Format Peperiksaan SPM 2020 Kekal – LPM

PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, LPM memaklumkan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar dan LPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.

Menurut LPM, tajuk dan laporan akhbar itu berbahasa Melayu itu telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM 2020.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai,” menurutnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Akhbar berkenaan pada 7 Febrauri telah menyiarkan laporan  “Wajah Baharu SPM” di muka hadapan, “SPM Bakal Dirombak” di muka surat dua dan “Peperiksaan Boleh Buka Buku” di muka surat tiga. – BERNAMA

Kategori