KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu selepas tengah malam ini.
Harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) and RM2.11 (diesel), menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini.
Kementerian itu memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu. – BERNAMA