Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Program Pembangunan Peneroka Diperluas

KUALA LUMPUR - Program Pembangunan Peneroka (PPP) menerusi projek pertanian dan ternakan akan...

TMT 2017: 2 Laluan...

KUALA TERENGGANU - Terengganu akan membuka semula dua laluan penerbangan bagi destinasi Kuala...

Budak Parah Otak Tertusuk...

BEIJING - Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit...

Johan Terharu Shila Amzah...

Bagi yang mengikuti kisah percintaan Shila Amzah, pastinya mengetahui pelakon Johan As'Ari pernah...

Ini Permulaan Mengakhiri Episod COVID-19

PUTRAJAYA – Selepas lebih setahun negara dilanda COVID-19, permulaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini, bakal menyaksikan pengakhiran episod jangkitan wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan tidak mengalami kesan sampingan selepas menerima dos pertama suntikan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer dan BioNTech bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di sini, hari ini.

“Ini titik permulaan penamatan jangkitan COVID-19 di negara ini. Saya tidak rasa apa-apa (kesan sampingan) selepas menerima suntikan vaksin ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas program itu, hari ini.

Empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya, Dr Tan Yee Ling; Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin; Jururawat Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya, Sheilla Mellissa Sikin serta pemandu di PKD Putrajaya, Clement Marai Francis turut menerima suntikan.

Mereka akan menerima dos kedua pada 17 Mac.


Dr Noor Hisham berkata, pemantauan terhadap semua individu yang menerima suntikan vaksin dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

“Sekarang kita pantau guna MySejahtera. Kalau ada komplikasi, ia akan terus dilaporkan (kepada KKM),” katanya.

Beliau berkata, semua individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 perlu mendapatkan rehat secukupnya selain mengurangkan aktiviti. – BH Online

Kategori