Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aksi 4 Kereta Dilenyek...

BAGAIKAN aksi filem lagak ngeri, empat buah kereta dirempuh sebuah treler ketika pemandunya...

Pejabat Kedutaan Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra masih belum dapat menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di...

LHDN Menara CDO Lebih...

MESKIPUN ada cerita tidak sedap didengar mengenai bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia...

Suami Isteri Didakwa Rompak...

GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Ismail Kijo Meninggal Dunia

AMPANG – Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.33 tengah hari pada Rabu.

Perkara itu disahkan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar di Facebooknya sebentar tadi.

“Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Ismail Kijo, Ketua UMNO Bahagian Ampang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.

“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan, urusan pengkebumian jenazah Allahyarham diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabkan arwah positif Covid- 19. – Sinar Harian

Kategori