Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

WARISAN Pertaruh 26 Calon...

KUALA LUMPUR : Parti Warisan (Warisan) mengumumkan untuk meletakkan sebanyak 26 calon kerusi...

6 Tarantula Ditemui Di...

SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura menemui enam labah-labah hidup jenis tarantula di dalam...

Minyak Masak Tanpa Lesen...

LAHAD DATU - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad...

Tentera Thai Rampas 60...

NARATHIWAT - Tentera Thailand di selatan negara ini menyerbu lima premis di Sungai...

JPDP Terima Laporan Data Peribadi Orang Awam Bocor

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengesahkan sudah menerima laporan berhubung dakwaan portal omghackers dan lowyat.net membabitkan kebocoran data peribadi orang awam.

Ketua Unit Siasatan JPDP, Rafiz Ismail, berkata pihaknya mendapat maklumat laporan omghackers mengenai kebocoran data 10 juta rakyat daripada senarai daftar pengundi pilihan raya, semalam.

Katanya, dakwaan lowyat.net membabitkan data 200,000 orang awam dijual menerusi platfrom e-dagang tempatan dikenali Ifmal pula diterima pada Sabtu lalu.

“Berkaitan kebocoran data 10 juta rakyat, kita sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia dikaitkan dengan mereka.

“Saya difahamkan SPR menerusi jabatan undang-undangnya sedang giat menyiasat perkara ini.

“Mungkin nanti SPR akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan mengenai apa yang berlaku di sebalik dakwaan kebocoran data pengundi,” katanya pada BH, hari ini.

Mengenai data dijual di platfom e-dagang, Rafiz berkata, JPDP masih giat menyiasat perkara itu dengan kerjasama pihak pengurusan Ifmal dan Cyber Security Malaysia (CSM).

“Kita masih periksa dakwaan data dijual berkenaan. 


“JPDP dapatkan bantuan pihak yang dikaitkan dengan kenyataan itu dan CSM sebelum tindakan susulan dapat diambil,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima laporan membabitkan dakwaan portal terbabit.

Sebelum ini, omghackers mendakwa kebocoran data 10 juta rakyat merangkumi nama, nombor kad pengenalan, alamat dan kawasan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pengundi.

Portal lowyat.net pula melaporkan data 200,000 rakyat Malaysia termasuk nama, alamat, nombor telefon dan kad pengenalan dijual dalam pasaran e-dagang, Ifmal.

Bagaimanapun, Ifmal dalam satu kenyataan menerusi Facebook baru-baru ini, menafikan dakwaan portal itu kononnya berlaku kebocoran maklumat berpunca daripada mereka.

Katanya, dakwaan itu adalah fitnah dan ianya satu cubaan untuk menipu, merosakkan nama baik dan kredibiliti sistem e-dagang Ifmal. – BH Online

Kategori