Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DAP Siap Sedia Jika...

KUALA LUMPUR - DAP bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berhubung masa depan...

Majlis Kahwin Pasangan Bukan...

PUTRAJAYA - Pasangan bukan Islam kini boleh melangsungkan perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran...

Anggota Polis Direman Bantu...

SEREMBAN - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal direman enam hari bermula hari...

Sediakan Modul Pembangunan Kepimpinan...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta pihak Institut Penyelidikan dan...

Jual Nama Menteri Hal Ehwal Agama Amal Habbatus Sauda

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menafikan mengeluarkan kenyataan mengenai amalan habbatus sauda mampu meningkatkan sistem imunisasi sekali gus didakwa menolak suntikan vaksin Covid-19 seperti tular di media sosial.

Katanya, berita berkenaan bukan daripada pihaknya dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

“Saya tak pernah keluarkan kenyataan seperti ini. Saya tidak pasti siapa yang menulisnya dan kemudian meletakkan laporan akhbar berkenaan saya,” katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa.

Kenyataan tersebut mendakwa beliau sembuh dari penyakit Covid-19 secara sendiri tanpa penggunaan vaksin kerana mengamalkan habbatus sauda untuk menguatkan sistem imun badan.

Paparan kenyataan itu turut menggunakan artikel berita beliau telah sembuh daripada wabak Covid-19 dan didakwa menggunakan nama beliau oleh pihak tertentu dipercayai untuk tujuan iklan serta promosi. – Sinar Harian

Kategori