Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bayi 11 Bulan Maut...

JAKARTA - Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa Indonesia semalam kerana disyaki meracun anaknya...

Apa Itu Membeli-Belah Secara...

Dalam era peningkatan harga barangan harian, pengguna perlu mengawal tabiat penggunaan dengan secara...

Pengantin Tolak Tradisi Putih,...

BAGI kebanyakan wanita, apabila membayangkan majlis perkahwinan, pastinya mereka akan memilih baju pengantin yang...

Lelaki Ini Mandi Di...

KEGILAAN apakah ini? Seorang lelaki, Ken Ferguson akan mandi di rumah orang yang...

Kadar Jangkitan Covid-19 Terus Menurun – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA- Nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di seluruh negara terus merekod penurunan dan terkini berada pada paras 0.89.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter pada Isnin.

“Kita sasarkan Rt kurang daripada satu kepada 0.5 untuk memutuskan dan membendung penularan kes dalam negara,” katanya pada Isnin.

Pada 25 Januari lalu, Dr Noor Hisham berkata, kes positif Covid-19 dijangka akan kembali kepada dua angka pada 11 Mei mengikut unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sejak 13 Januari lalu.

Setakat Ahad, hanya Melaka merekodkan nilai Rt tinggi iaitu 1.07 diikuti Pulau Pinang pada 1.06 dan Kedah (1.04) serta Johor (1.01).

Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65). – Sinar Harian

Kategori