Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Doktor Tidak Sedar Miliki...

GURUN - Seorang doktor gigi tidak menyangka kereta yang dibelinya dengan bayaran pendahuluan...

‘Kesinambungan’ Tema Manifesto BN...

MELAKA – Kesinambungan merupakan perkataan yang paling cocok bagi Manifesto Barisan Nasional (BN)...

Angkasawan Russia Ke ISS...

NEW YORK: Tiga angkasawan Russia tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam dengan...

‘Rezeki’ Nota Misteri Di...

UNGKAPAN tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima dan jika mahu bersedekah...

Kem PLKN Jadi Pusat Tahanan Sementara Pati

KUALA LUMPUR – Sebanyak 61 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Wawasan akan dijadikan Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan penjara. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 kerajaan akan mula mengambilalih kemudahan bagi tujuan menambah pusat saringan Covid-19 dan pusat kuarantin.

“Bagi aktiviti penyumberluaran dan pengambilalihan ini, suatu bentuk pampasan akan diberikan kepada pemilik premis berdasarkan naziran penilaian oleh pihak kerajaan.

“Kerajaan juga menggunakan kuasa di bawah ordinan sama untuk membuat pengambilalihan sementara kem PLKN dan Kem Wawasan yang digunakan sebagai Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara Pati dan penjara sementara,” katanya dalam perutusan khas hari ini. 

Menurutnya, ia sebahagian daripada tindakan serta-merta kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di depoh tahanan Jabatan Imigresen Malaysia dan penjara yang secara langsung dapat mencegah penularan Covid-19 dalam kalangan tahanan. 


“Sebanyak 16 kem PLKN dan Kem Wawasan diambilalih secara sementara untuk tujuan ini. 

“Tindakan ini juga mampu mempertingkatkan penguatkuasaan kerajaan dalam mencegah kemasukan Pati ke negara ini yang juga menjadi antara punca penularan Covid-19 di negara kita,” katanya. – myMetro Online

Kategori