Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Penguasaaan Ilmu Penting Untuk...

PUTRAJAYA, - Penguasaan ilmu yang boleh diperolehi melalui pembacaan pelbagai bidang seperti agama,...

Croatia Iringi Perancis Ke...

CROATIA mara ke final Piala Dunia buat kali pertama selepas mengejutkan England 2-1...

Polis Berkas 5 Remaja...

KUANTAN - Polis memberkas lima daripada lapan remaja anggota Geng Syairi yang dipercayai...

KPN Arah Nga Kor...

Tweet mengajak rakyat bangun menentang kerajaan yang dibuat Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor...

Kerajaan Sedia Talian Khas Jawab Isu Vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan Talian Khas Program Imunisasi COVID-19 yang bertanggungjawab menjawab sebarang persoalan berkaitan program berkenaan.

Menurut dokumen Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang diterbitkan hari ini, talian itu antara strategi advokasi dan khidmat sokongan bagi membantu masyarakat mengetahui serta memahami perincian serta maklumat mengenai program itu.

Katanya, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan membabitkan pelbagai pihak, merangkumi usaha advokasi dan khidmat sokongan serta proses vaksinasi di seluruh negara.

“Maklumat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan boleh diperoleh di laman sesawang rasmi http://vaksincovid.gov.my dan akaun media sosial rasmi, bagi memastikan maklumat serta perkembangan terkini program ini mudah diakses masyarakat,” kata dokumen yang diterbitkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Selain menguar-uarkan maklumat menerusi talian khas, laman sesawang dan media sosial, usaha advokasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan turut memanfaatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi capaian komuniti setempat.

Ia berikutan peranan kerajaan negeri dan PBT dalam pelaksanaan program imunisasi itu penting sebagai penghubung kepada komuniti setempat.

“Antara peranan PBT adalah membina keyakinan masyarakat setempat terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin serta membantu urusan logistik di pusat vaksinasi bergerak mengikut keperluan masyarakat,” katanya.


Mengulas lanjut, dokumen itu menjelaskan, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama secara bersepadu dengan pasukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), anggota keselamatan, kementerian serta agensi kerajaan lain, sektor swasta dan sukarelawan bagi melaksanakan program imunisasi itu.

Selain petugas kesihatan KKM, program imunisasi itu akan turut dibantu petugas kesihatan yang sudah bersara, pelajar perubatan, pergigian dan pelatih jururawat, selain petugas perubatan di sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

Malah, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga disokong pelbagai anggota sokongan bukan perubatan bagi memastikan orang awam mendapat perkhidmatan sebaiknya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). 

“Ini termasuk badan berkanun, NGO dan pasukan sokongan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta ribuan sukarelawan bukan perubatan lain yang berperanan membantu orang awam bagi saringan dan pendaftaran di PPV.

“Pendaftaran bagi sukarelawan akan dimaklumkan menerusi laman sesawang http://vaksincovid.gov.my dan akaun media sosial JKJAV,” katanya. – BH Online

Kategori