Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan...

Neymar Tak Akan Kembali...

PRESIDEN kelab Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan pihaknya tidak berniat untuk membeli semula...

Anifah Sah Tinggalkan UMNO

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan peningkatan setakat 8...

Kompaun Lebih Tinggi Pesalah Berulang Langgar SOP

KUALA LUMPUR – Kompaun lebih tinggi kepada pesalah berulang atau sudah diberi amaran akan dilakukan sebaik Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) diluluskan di bawah Proklamasi Darurat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat meneliti peruntukan dalam Akta 342 yang perlu dipinda untuk membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan cepat diambil. 

“Antaranya ialah tindakan kompaun lebih tinggi kepada pesalah berulang atau yang sudah diberi amaran. 

“Selain itu, arahan penutupan serta-merta premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam perutusan khas hari ini. 

Menurutnya, tindakan perundangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan. 


“Tindakan perundangan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing membabitkan majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseorangan.

“Malah, tindakan penjara ke atas pesalah yang melanggar peraturan dan SOP serta tindakan tatatertib ke atas penjawat awam yang tidak mematuhi peraturan dan SOP termasuk kepada Ketua Jabatan berkaitan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah,” katanya. – myMetro Online

Kategori