Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

PM Nasihat Jemaah Haji...

PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati para jemaah...

Lagi Kes Pelancong China...

BAHARU sahaja kita dikecohkan dengan insiden dua warga China yang berdegil untuk membuang...

Seorang Maut Helikopter Black...

LOONARDTOWN - Seorang maut sementara dua lagi cedera semalam selepas sebuah helikopter tentera...

Tun M Umum Letak...

SHAH ALAM - Selepas dipecat sebagai penasihat Petronas pada 11 Mac lalu, bekas...

KPN Bawa Rayuan SOP Tahun Baharu Cina Ke MKN

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan membawa pandangan dan rayuan masyarakat Cina berhubung prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina berkaitan majlis makan besar keluarga dan kehadiran ke rumah ibadat tokong, untuk perhatian Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan SOP Tahun Baru Cina itu disediakan setelah pihak kementerian berbincang dengan 21 badan pertubuhan agama, persatuan kebudayaan Cina dan pihak berkaitan pada 12 dan 18 Januari lepas.

Antara persatuan yang terlibat semasa perbincangan pada 12 Januari lepas ialah Malaysian Buddhist Association, Persatuan Agama Taoisme Malaysia, Malaysian Chinese Muslim Association, Persatuan Kebudayaan Han Malaysia dan Malaysia-China Chamber of Commerce and Industries.

Persatuan yang hadir pada 18 Januari lepas pula antaranya Cheng Ho Multi Culture Education, Malaysian Faith And Culture Interaction Kuala Lumpur dan Huazhong Malaysia.

Menurut KPN, sebarang pengumuman berkaitan pandangan dan rayuan yang dimasukkan dalam SOP Tahun Baru Cina akan diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Semalam, Ismail Sabri mengumumkan beberapa SOP untuk sambutan Tahun Baru Cina pada 12 dan 13 Februari ini, antaranya hanya membenarkan aktiviti majlis makan besar diraikan bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.

Aktiviti perayaan yang tidak dibenarkan pula meliputi upacara sembahyang di tokong, ziarah rumah ke rumah, rentas daerah dan negeri serta persembahan dan kebudayaan seperti persembahan tarian singa atau tarian naga, perarakan ‘tanglung, perarakan ‘chingay’ dan persembahan opera cina atau pertunjukan pentas. – BERNAMA

Kategori