Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Duta Palestin Yakin Malaysia...

KUALA LUMPUR - Palestin berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan menyiasat secara menyeluruh kejadian...

Penjawat Awam Ditahan Berjudi

 DUNGUN - Penjawat awam dan warga emas berusia 70 tahun antara yang ditahan...

SPR Adakan Mesyuarat Khas...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai...

Muktamar Tahunan PAS Bermula

KUALA TERENGGANU - Hari ini, bermulalah Muktamar Tahunan PAS Ke-64 yang dinanti-nanti, dengan...

Malaysia Catat Lebihan Akaun Semasa Tertinggi RM62.1 Bilion

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak RM62.1 bilion pada 2020, yang tertinggi dalam tempoh sembilan tahun selepas dipacu oleh prestasi akaun barangan yang memberangsangkan termasuk defisit yang lebih kecil dalam pendapatan utama dan sekunder, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM). 

Untuk suku akhir 2020, akaun semasa negara terus mencatatkan lebihan sebanyak RM19.0 bilion, diterajui oleh eksport bersih barangan yang lebih baik dan pengurangan defisit dalam pendapatan utama. 

Baki akaun semasa kumulatif untuk keempat-empat suku pada 2020 merekodkan sejumlah RM62.1 bilion, lebihan tertinggi sejak 2011.  

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata lebihan akaun semasa pada suku sebelumnya telah dipacu oleh eksport bersih barangan yang lebih tinggi berjumlah RM42.9 bilion. 

“Eksport barangan yang menyumbang 91.4 peratus kepada eksport Malaysia secara keseluruhan adalah sebanyak RM217.5 bilion berbanding RM204.9 bilion pada suku sebelumnya. 


“Peningkatan ini disokong oleh eksport minyak sawit, getah serta produk berasaskan kimia terutamanya kepada China, Singapura dan Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan baki pembayaran negara untuk data suku keempat dan tahunan 2020 hari ini. 

Import barangan turut melonjak 6.9 peratus dari suku ke suku kepada RM174.6 bilion. 

Prestasi ini disumbangkan oleh peningkatan barangan perantaraan, modal serta penggunaan dari China, Singapura dan Jepun. – BERNAMA

Kategori