Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mat Sabu Berada Di...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Amerika Syarikat untuk...

Venezuela Yakin Mampu Atasi...

KUALA LUMPUR - Venezuela yakin mampu mengatasi krisis ekonomi semasa menerusi pelan pemulihan...

DBKL Boleh Teruskan 43...

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa khas Kementerian Wilayah telah mengesyorkan sebanyak 43 daripada 97...

Tips-Tips Menarik Untuk Kelihatan...

Buat si gadis yang memiliki ketinggian yang agak kurang memuaskan mungkin boleh ikuti...

Lelaki Tertelan Fon Telinga Ketika Tidur

MASSACHUSETTS – Gara-gara tabiat gemar memakai fon telinga ketika tidur, seorang lelaki di Amerika Syarikat tertelan alat itu.

Brad Gauthier, 38, dari Worcester, bangun dari tidur pada pagi Selasa lalu dalam keadaan sukar bernafas dan perasan satu fon telinganya hilang.

Katanya, dia sempat membersihkan salji yang menimbun di depan rumahnya sebelum minum air namun menghadapi kesukaran.

“Anak saya mengesyaki mungkin saya tertelan fon telinga yang hilang itu.

“Pada mulanya ia macam jenaka, namun ada benarnya juga apa dikata kerana saya rasa sesuatu tersekat di tengah dada saya,” katanya kepada stesen televisyen tempatan, 22 News.


Menurutnya, dia ke hospital dan ujian imbasan sinar X menunjukkan satu fon telinga tersekat pada bahagian kerongkongnya.

“Saya rasa sangat tidak selesa kerana doktor terpaksa mengeluarkan fon telinga itu sepanjang 5.08 sentimeter menggunakan tiub nipis yang panjang. 

“Saya tidak pernah terfikir tidur dengan fon telinga boleh membahayakan saya. Saya sangat bernasib baik kerana selamat,” katanya seperti dipetik dalam portal New York Post. – Agensi

Kategori