Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jurukamera RTM Cedera Ditembak...

GEORGE TOWN – Jurukamera RTM, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer yang cedera dalam...

Jin Wei Sumbang Emas...

KUALA LUMPUR - Pemain badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei menyumbang pingat...

Lelaki Maut, Papan Iklan...

KALAU sudah ajal.. siapa sangka papan iklan yang tiba-tiba tumbang, menjadi punca seorang...

Video: PM Kanada Ramah...

KEMENANGAN Justin Trudeau sebagai Perdana Menteri baharu di Kanada isnin lalu rata-rata mendapat...

Manfaat Data Internet Percuma Untuk PdPR

KUALA LUMPUR – Pelajar, guru dan ibu bapa perlu memanfaatkan sepenuhnya data percuma 1GB setiap hari atau 30GB data percuma sebulan bagi tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, ia susulan peruntukan data percuma ditawarkan syarikat telekomunikasi itu dilanjutkan sehingga 30 April ini.

“SKMM sentiasa mengalu-alukan bantuan daripada syarikat telekomunikasi yang prihatin untuk terutama membantu menjayakan PdPR, iaitu Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan Telekom Malaysia (TM).

“Peruntukan data percuma sejak April 2020 ini adalah tambahan kepada pakej langganan data sedia ada dan boleh digunakan untuk mengakses platform sidang video serta menguruskan bahan pengajaran menerusi e-mel sepanjang hari tanpa sekatan waktu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SKMM berkata, peruntukan itu bagaimanapun tidak terpakai untuk melayari media sosial, menonton video, permainan dalam talian dan melayari muzik. 

Suruhanjaya itu berkata, syarikat telekomunikasi juga menyediakan pakej langganan khas untuk pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sejak 6 Januari hingga April ini.

“Pakej prabayar Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM ini menawarkan data 15 GB dengan harga serendah RM20 sebulan.


“Pengguna pakej ini turut dapat menikmati peruntukan 1GB data percuma tambahan setiap hari seperti juga pelanggan pakej lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, SKMM berkata, YTL Communications Sdn Bhd (YTL) turut melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 30 April ini yang turut merangkumi penuntut IPT.

“Pakej istimewa ini menyediakan kad sim percuma dengan data sebanyak 40 GB, kandungan percuma dan telefon percuma untuk pelajar daripada keluarga B40.

“Semua usaha ini diharap dapat membantu mengurangkan bebanan ibu bapa, guru dan pelajar untuk mengikuti PdPR serta memastikan pendidikan generasi muda diberi keutamaan sewajarnya,” katanya. – BH Online

Kategori