Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

14,554 Kes Positif COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan COVID-19 di negara ini merekodkan sedikit peningkatan berbanding...

UMNO Bukan Milik Individu,...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan rakyat dan ahli...

SPAD Umum Kadar Khas...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Jumaat meluluskan kadar khas...

KKM Tetapkan 5 Warna...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menetapkan lima warga gelang berbeza untuk dipakai individu yang...

Muhyiddin Berlepas Pulang Selepas Lawatan Rasmi Ke Indonesia

JAKARTA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas pulang ke Malaysia petang ini, selepas melakukan lawatan rasmi kurang 24 jam ke Indonesia.

Perdana Menteri dan isteri Puan Seri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang tiba pukul 4.00 petang semalam, berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta pada pukul 4.10 petang (waktu Indonesia barat).

Muhyiddin dalam sidang media sebelum pulang berkata, lawatan rasminya ke Indonesia amat bermakna dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.

Menjelaskan pertemuannya bersama Presiden Joko Widodo (Jokowi) di Istana Merdeka, Muhyiddin berkata Jokowi sangat mesra, malah memintanya sentiasa berhubung melalui telefon, bagi membincangkan apa apa isu berkaitan kepentingan kedua-dua negara.

Mengulas pertemuannya secara bersemuka berbanding webinar, Muhyiddin berkata: “(webinar) berbeza, (tapi pertemuan bersemuka) berasa kehangatan, walaupun tidak bersalaman,” kata Muhyiddin, yang sebelum itu turut membuat kenyataan media bersama Jokowi, antaranya berkaitan isu Myanmar, diskiriminasi minyak sawit, isu pekerja Indonesia di Malaysia, isu jerebu dan isu Laut China Selatan, serta usaha menangani COVID-19.


Lawatan rasmi Muhyiddin adalah atas undangan Jokowi.

Kerjasama ekonomi, isu keselamatan dua hala dan serantau, isu dan kepentingan bersama kedua-dua negara memerlukan perbincangan di peringkat tertinggi secara bersemuka dan secara hati ke hati.

Lawatan itu diadakan dalam suasana protokol kesihatan yang ketat termasuklah menjalani saringan sebelum berlepas, selepas ketibaan, serta pelaksanaan kuarantin bagi delegasi sebaik pulang ke Malaysia. – BERNAMA

Kategori