Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kereta Elektrik Proton Masih...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu projek pembangunan kereta elektrik...

Perancis, Malaysia Meterai Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Perjanjian mengenai pertahanan dan pertanian akan ditandatangani semasa lawatan negara...

Pengarah Syarikat Disamun Hampir...

SHAH ALAM - Seorang pengarah sebuah syarikat kerugian hampir setengah juta ringgit selepas...

Lagi Permohonan Untuk Adnan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terus menerima sokongan agar...

Muhyiddin Terima Suntikan Pertama Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi, menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian.

Penerimaan suntikan pertama bagi Malaysia itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial, bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi hari ini.

Perdana Menteri menerima suntikan itu di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11, Putrajaya, selepas menyempurnakan Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dengan fasa pertamanya bermula hari ini hingga April.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di PKD Putrajaya pada kira-kira jam 2.25 petang dan membuat imbasan kod MySejahtera, yang akan menjadi aplikasi bagi satu daripada kaedah pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 selepas ini.

Beliau kemudian membuat pendaftaran diri dengan petugas kesihatan bagi tujuan penerimaan vaksin sebelum dibawa ke auditorium bagi mendapatkan penerangan ringkas berkenaan vaksinasi. 

Muhyiddin kemudian menandatangani borang persetujuan sebagai dokumen pengisytiharaan diri dan kebenaran individu untuk divaksin. 


Sebaik menerima suntikan, Muhyiddin dibawa ke ruangan khas, bagi menunggu selama kira-kira 15 hingga 30 minit untuk memantau sekiranya berlaku reaksi susulan seperti alahan atau simptom lain.

Kemudian, Muhyiddin diiringi Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, dibawa untuk mengambil temujanji untuk pengambilan dos kedua. 

Turut menerima vaksin sama hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diikuti anggota barisan lain iaitu kumpulan juru suntik yang akan terbabit dalam program imunisasi selepas ini. – BH Online

Kategori