Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Jangan Bina Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar...

UPSR Akan Terus Dikekalkan...

PUTRAJAYA - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan terus dikekalkan untuk menilai tahap...

Ryan Reynolds Dikritik Salah...

INGATKAN selebriti Malaysia je yang selalu kena kritik kaw-kaw oleh pengikut mereka di...

Nahas Tiga Beradik: Ibu...

KUANTAN - Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran  Kampung...

Nasihat Jho Low Isu Kewangan Tak Selalu Munasabah – Saksi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa beberapa nasihat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak selalunya munasabah dari sudut kewangan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kesnya membabitkan dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Kamu melihat nasihat Jho Low berhubung perkara yang perlu dibangkitkan dan sebagainya. Sebagai CEO berpengalaman dalam bidang korporat, bagaimana kami menilai nasihatnya? Adakah hebat, sederhana, boleh diterima? Secara umum, adakah pelik dan tidak masuk akal?

Mohd Hazem: Secara amnya, nasihatnya ada kaitan dengan perkara yang memerlukan tindakan pantas. Ada yang munasabah dan ada beberapa yang mungkin tidak masuk akal dari sudut kewangan.

Muhammad Shafee: Kamu menyedari bahawa beberapa nasihat boleh diterima dan ada yang tidak sesuai dari sudut kewangan?

Mohd Hazem: Ya.

Kepada soalan sama ada nasihat yang diberi melalui e-mel atau mesyuarat, Mohd Hazem berkata nasihatnya melalui Blackberry Messenger atau mesyuarat bersemuka.


“Mesyuarat bersemuka yang dihadiri pegawai kanan diadakan di pangsapuri Jho Low di 3 Kia Peng, di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, Jho Low tidak boleh dilihat memberi nasihat kepada 1MDB, tidak boleh berada di pejabat 1MDB,” kata Mohd Hazem dan menjelaskan bahawa tindakan bermesyuarat di rumah ahli periagaan itu “kerana Jho Low bukan sebahagian 1MDB.”

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – BERNAMA

Kategori