Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Perubahan Drastik, Orang Hampir...

PELAKON simbol seks, Pamela Anderson mengejutkan peminat Hollywood dengan perubahan drastik pada raut...

Tugas Getir Chong Wei...

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghadapi tugas getir...

PH Sombong, Angkuh Cuba...

SHAH ALAM - Tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir yang cuba...

Jurulatih Selam Ditemui Selamat

MERSING - Seorang daripada empat penyelam yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Mersing...

Pegawai Kanan Polis Antara 4 Direman Siasatan Kes Rasuah

GEORGETOWN – Empat individu termasuk seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) direman bagi membantu siasatan kes rasuah kerana disyaki melindungi sindiket pengedaran dadah sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai polis berusia 43 tahun itu bersama seorang anggota berpangkat Lans Koperal, 40, dan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), 36, direman dua hari sehingga esok.

Ahli perniagaan berusia 29 tahun pula direman empat hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Muhammad Azam Md Eusoff.

Terdahulu, empat suspek itu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Menurut sumber, dua anggota polis itu diserahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pejabat SPRM Pulau Pinang, manakala dua lagi ditahan oleh SPRM tengah hari semalam.


Keempat-empat suspek disyaki menerima suapan berjumlah RM500,000 daripada sindiket pengedaran dadah sejak beberapa tahun lalu.

Suapan itu bagi melindungi serta tidak membocorkan maklumat sindiket pengedaran dadah di sekitar negeri ini.

Difahamkan, dua anggota polis masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut. – BH Online

Kategori