Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Brunei Tiba Untuk...

PETALING JAYA - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Malaysia untuk...

Pelajar UTeM Lafaz Syahadah...

MELAKA - Dewan Universiti Teknikal Melaka (UTeM) diselubungi syahdu apabila seorang remaja melafazkan...

SKMM Perlu Perhebat Usaha...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan proaktif...

‘Kasi Tekan Butang i-Citra...

Sebaik BN melakar kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, bekas perdana...

Pejuang Sudah Kemuka Rayuan – Hamzah

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) sudah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung pendaftaran parti itu selepas permohonan mereka ditolak, bagaimanapun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masih belum berbuat demikian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata permohonan pendaftaran Pejuang dan Muda ditolak pada 6 Januari lalu berdasarkan peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan kedua-duanya boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan.

Kesal dengan dakwaan bahawa beliau yang tidak meluluskan pendaftaran Pejuang dan Muda, Hamzah menjelaskan permohonan pendaftaran itu ditolak kerana perlembagaan parti yang dikemukakan gagal mematuhi peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta 335 itu, dengan intipati dalam perlembagaan kedua-dua parti tersebut antaranya didapati tidak teratur dan tidak spesifik.

“Bukan saya yang tolak (permohonan penubuhan) tetapi RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan),” katanya ketika sidang media di sini, hari ini bagi memperjelaskan status pendaftaran Pejuang dan Muda.

Berikutan itu, Hamzah berkata jawatankuasa penaja Pejuang sudah mengadakan perbincangan bersama RoS pada 8 Januari lalu bagi mendapatkan pandangan dan mengemukakan permohonan rayuan pada hari yang sama.

Jawatankuasa penaja Muda pula sehingga hari ini masih tidak berjumpa dengan pihak RoS bagi tujuan konsultansi dan belum mengemukakan permohonan rayuan secara rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, katanya. – BERNAMA

Kategori