Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30...

MANILA - Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 bertemakan, 'Kerjasama Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia,' sidang...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Bandar Baharu kekal 130...

Harapan Bercuti Di Singapura...

Daripada Nor Baizuri BasriSINGAPURA (Bernama) -- Louise Sitharta (gambar bawah) sepatutnya bercuti di...

Malaysia Optimis Capai Sasaran...

MARAN - Malaysia dijangka mampu mencapai kadar penurunan kes baharu jangkitan HIV iaitu...

Pemohon i-Sinar Boleh Semak Keputusan Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon skim i-Sinar boleh menyemak semula keputusan mereka bermula pagi ini.

Semakan boleh dilakukan selepas ramai pemohon mengesan berlaku kekeliruan pada paparan status permohonan skim i-Sinar, sejak semalam.

Susulan itu, KWSP mengeluarkan permohonan maaf berhubung masalah teknikal pada paparan status permohonan skim i-Sinar itu.

“Pihak kami sedang berusaha untuk mengatasi kesulitan ini dan ahli boleh menyemak semula status permohonan pada 8 Februari, bermula jam 8 pagi ini,” katanya.

KWSP yang dihubungi berkata, pihak mereka akan mengeluarkan maklum balas sekiranya ada perkembangan lanjut.


Sementara itu, semakan di portal KWSP tadi menunjukkan semakan i-Sinar boleh dilakukan seperti biasa dan turut memaparkan status permohonan.

Tular di media sosial sejak semalam mengenai semakan yang mengelirukan pencarum kerana permohonan ahli yang diluluskan, tetapi ketika semakan seterusnya ia bertukar kepada status proses tamat. – BH Online

Kategori