Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tetap Kerja Keras Walaupun...

PUTRAJAYA - Jentera Barisan Nasional (BN) akan tetap bekerja keras untuk meraih kemenangan...

Tengku Zafrul Bawa Teks...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini...

Kereta Mini Buatan Mesir...

KAHERAH – Di Mesir, ramai penduduknya menderita kegawatan ekonomi. Bagi pengusaha berusia 35...

Polis Hilang Sejak Rabu...

KLUANG - Anggota polis yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemui selamat dalam...

Penerima Prihatin Dikecuali Lalui Proses Permohonan Permai

PUTRAJAYA – Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong berkata, keputusan itu bagi mempercepatkan proses pembayaran bantuan one off RM500 kepada golongan berkenaan.

“Bagi teksi dan kereta sewa, semua pemandu yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan Permai,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, semua pemandu bas persiaran yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekali lagi.

“Cukup hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja,” katanya.

Beliau berkata, semua pemandu bas sekolah yang menepati syarat kelayakan juga tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing.


“Hanya saringan lesen vokasional, lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang sah sahaja akan dibuat,” katanya.

Ka Siong berkata, syarat pendapatan minimum RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan Prihatin sebelum ini telah dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober, November atau Disember 2020.

“Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM15 bilion bagi bayaran one off RM500 sebagai sebahagian daripada 22 inisiatif Permai yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya wabak Covid-19. – Sinar Harian

Kategori