Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Shila Kena Fikir Panjang...

KESIAN dengan Datuk Siti Nurhaliza apabila namanya tak pasal-pasal terpalit sama dengan kontroversi...

Leka Main Game Selama...

GARA-GARA leka bermain game selama lebih 20 jam di siber kafe, seorang lelaki...

Kes Demam Denggi P.Pinang...

NIBONG TEBAL - Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat peningkatan lebih tiga...

Zahid: Saya Tak Tahu...

BUTTERWORTH - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau...

Penganggur Didakwa Muat Naik Komunikasi Jelik Di FB

GEORGE TOWN – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik komunikasi jelik di laman sosial Facebook tiga tahun lepas.

K.Haridas, 40, dari Taman Pasir Mas, Seremban, Negeri Sembilan, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya bertajuk ‘Talk GE14-Part 11 #Vote For PH #Kick Out BN ‘So Many Dummy Police Officer In Malaysia’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu melalui aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook ‘Defend People’s Rights Group’ di pautan www.makklada.org pada pukul 12.37 tengah hari, 26 Mac 2018.

Pautan Facebook itu kemudian dibaca pada pukul 9.00 pagi, 28 Mac 2018 di Asia Heights, Lorong Semarak Api 3, Ayer Itam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.


Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Huda Muhammad Nazim menawarkan jaminan tidak kurang daripada RM30,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan.

Hakim Norsalha Datuk Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang memuat naik sebarang hantaran di laman sesawang.

Mahkamah menetapkan 11 Mac untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – BERNAMA

Kategori