Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bomba Bawa Ibu Orang...

GUA MUSANG - Seorang ibu masyarakat Orang Asli dari Pos Simpor di sini...

Pemohon Jawatan Polis Diminta...

KUALA LUMPUR - Warganegara yang memohon jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki), Konstabel...

Moratorium Automatik 6 Bulan...

KUALA LUMPUR - Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi...

Jamilah Popular, Mampu Menang...

KUCHING - Puan Sri Jamilah Anu merupakan calon popular dan mampu menang besar...

Pengarah, Pengurus Dan Syarikat Didakwa Bekal Daging Tak Halal

JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku, awal Disember lalu. 

Tertuduh, iaitu Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengarahnya Yong Chee Keong, 40, dan Tan Siew Huak, 42, yang masih bebas serta pengurus, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman. 

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat dan dua tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia selain menggunakan logo halal palsu serta menggunakan logo halal tanpa kelulusan daripada badan persijilan halal Australia.

Kesalahan itu dilakukan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini antara 1 hingga 3 Disember 2020. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. 

Jika sabit kesalahan, semua tertuduh boleh didenda antara RM100,000 hingga RM500,000 atau dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohammad Onn Abd Aziz, Kwan Li Sa, Syazwani Zawawi, T Ashivinii dan Kee Shu Min. 

Tertuduh pula diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Yusman Che Aman dan Saiful Zaman Abd Rahman. 


Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap dua minggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Mac ini. 

Pada 2 Disember lalu, media melaporkan mengenai kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina. 

Kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia sebelum ia terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, di sini. 

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal. 

Ia membabitkan rampasan bernilai lebih kurang RM 6.47 juta. – BH Online

Kategori