Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kongres Sedunia Perpustakaan Bakal...

KUALA LUMPUR - Penganjuran Kongres Sedunia Perpustakaan dan Maklumat ke-84 (IFLA WLIC 2018)...

Banjir Terengganu: Seramai 10,734...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan mendadak pagi...

Google Rakam Gambar Wanita...

NAMPAKNYA perbuatan tidak senonoh dan memalukan seorang wanita di Netherlands yang kencing di tepi...

PSM Seru Rakyat Jangan...

KUALA LUMPUR - "Jangan ikut ulama semua agama pada zaman kapitalis ini. Bersamalah...

Persekolahan Secara Bersemuka Bermula 1 Mac

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan secara bersemuka yang ditangguhkan sebelum ini susulan peningkatan kes COVID-19 akan bermula pada 1 Mac ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, keputusan itu membabitkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua, sementara untuk Tahun Tiga hingga Enam sesi akan bermula pada 8 Mac. 

“Pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan A akan hadir ke sekolah pada 4 April manakala pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan B pada 5 April, iaitu selepas tamat sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan membenarkan pelajar sekolah rendah untuk mengikuti sesi persekolahan lebih awal adalah bagi memberi ruang kepada murid dan guru menyesuaikan diri dengan suasana norma baharu dan juga prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Kumpulan A membabitkan sekolah di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B membabitkan sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – BERNAMA

Kategori