Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

PBT Perlu Lantik Penganjur...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan memastikan pihak berkuasa tempatan melantik penganjur...

Terengganu Cadang Wujudkan Sekolah...

BESUT - Kerajaan Terengganu bercadang menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi di sini sebagai...

60 Keluarga Mangsa Banjir...

KUALA KRAI - Sebanyak 60 keluarga yang rumah mereka musnah akibat banjir pada...

Indonesia Kecoh Isu Bikini...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia kini dilaporkan dalam keadaan dilema menerima kehadiran VietJet...

Persiapan Akhir Bagi Terima Bekalan Vaksin Ahad Ini Lancar

KUALA LUMPUR – Persiapan akhir bagi menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech pada Ahad ini berjalan lancar, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

Beliau berkata persiapan rapi termasuk sesi latihan yang dilaksanakan sebelum ini, merangkumi proses penghantaran vaksin ke fasiliti penyimpanan dan ke negeri lain juga berjalan lancar, malah petugas kesihatan terlibat dalam prosedur suntikan turut diberikan latihan secukupnya.

“Melalui dryrun (latihan) ini, kita dapat kenal pasti masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya, maka pada hari ketibaan vaksin itu nanti, semuanya diharapkan akan berjalan dengan lancar.

“Bahagian perolehan KKM (Kementerian Kesihatan) juga telah mendapat bekalan sebanyak 55 peti penyejuk beku (freezer) untuk menyimpan vaksin dan ditempatkan di pusat-pusat simpanan vaksin yang dikenal pasti,” katanya ketika menjadi panel jemputan dalam program Ruang Bicara yang disiarkan di Bernama TV, malam tadi.

Jelas beliau, persiapan logistik KKM juga sudah bersedia sepenuhnya menerusi atur gerak yang dilaksanakan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM bagi memastikan vaksin disimpan dengan baik.


Selain itu, Dr Hishamshah berkata peti simpanan suhu ultra rendah (ultra low temperature) yang sedia ada turut tempatkan di fasiliti penyimpanan vaksin KKM dan fasiliti Angkatan Tentera Malaysia, sebagai tambahan bagi peti penyimpanan vaksin.

Justeru katanya, buat masa ini KKM tidak mempunyai masalah untuk menyimpan bekalan kumpulan pertama vaksin itu.

Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada Ahad ini (21 Februari) dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi fasa pertama akan bermula pada 26 Februari. – BERNAMA 

Kategori