Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kesilapan Lalu Punca Dayana...

SUNGAI BULOH - Pelakon Dayana Roza berkata dia enggan lagi berkongsi mengenai kisah...

Isu Rohingya: Akhbar Thailand...

PETALING JAYA - Penemuan tapak perkuburan besar-besaran di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini...

Surau Al-Islah Di Kajang...

Semalam, satu gambar notis arahan untuk mengosongkan Surau Al Islah di Taman Langat...

Izreen Azminda Kesal Jadi...

PELAKON kontroversi, Izreen Azminda sekali lagi meluahkan rasa kesal apabila dirinya menjadi menjadi...

Perubahan Kerajaan Tak Jamin Pemimpin Elak Rasuah

KUALA LUMPUR – Kejayaan utama bagi sebuah negara untuk bebas rasuah ialah keazaman rakyat menghapuskan gejalanya dalam kalangan masyarakat.

Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar, berkata perubahan kerajaan tidak akan menjamin kepemimpinan baharu mengelak daripada melakukan rasuah dan kesalahan lain.

Bagaimanapun katanya, ujian sebenar bermula apabila pemimpin memilih untuk melakukan apa yang betul walaupun ia menjejaskan kepentingan mereka sendiri.

“Jika pilihan raya berubah, undang-undang dan fahaman tidak membawa kepada masyarakat yang bebas rasuah, tidak bolehkah seseorang berpaling kepada rakyat, minta mereka lakukan apa yang boleh untuk membawa masyarakat dengan komitmen lebih kuat, kepada sesuatu yang benar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya bertajuk ‘A People’s Campaign Against Corruption’ yang diterbitkan dalam seksyen Bernama Thoughts menerusi portal berita BERNAMA, semalam.


Justeru, Chandra berkata semua rakyat dijemput menyertai kempen desentralisasi yang matlamat utamanya adalah bukan saja menghapuskan rasuah tetapi mewujudkan masyarakat benar-benar beretika dan bermoral.

“Kempen adalah respons kepada persepsi yang rasuah merebak dalam masyarakat. Ia menekankan kesan jenayah ini terhadap rakyat dan mengapa mereka perlu memeranginya demi kebaikan dan masa hadapan negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori