Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

LY Baiduri Tampilkan Bakat...

Siapa yang tidak mengenali dengan pasangan komposer dan penulis lirik, LY dan Baiduri...

Kerja Ukur Tanah Bina...

MELAKA - Kerja-kerja pengukuran tanah pembinaan stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala...

Puteri Sarah Tutup Butik...

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana boleh...

Jumlah Mangsa Banjir Kedah...

ALOR SETAR - Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 546 orang...

PKP: 20 Orang Kehadiran Maksimum Majlis Akad Nikah

KUALA LUMPUR – Majlis akad nikah dibenarkan di Pejabat Agama dan masjid dengan kehadiran ahli keluarga.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan membenarkan kehadiran maksimum 20 orang tidak termasuk jurunikah dan saksi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, upacara akad nikah di pejabat agama dan masjid adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri, maka ia perlu mendapat kelulusan pihak berkenaan.

“Kerajaan hanya bersetuju mencadangkan perkara ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, upacara pernikahan di kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dibenarkan dengan had maksimum 50 peratus mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal satu meter.


Katanya, bagi upacara pernikahan di kawasan PKP Pemulihan (PKPP) pula dibenarkan kehadiran mengikut keluasan premis.

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat hari ini turut membincangkan majlis resepsi perkahwinan bagi bukan Islam.

“Namun, perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara,” katanya. – myMetro Online

Kategori